Latest News View All News →

16 Sep 2026, Wednesday
KHTP UNITY ROBOT SUMO CHALLENGE 2026 MERIAHKAN PERSAINGAN ROBOTIK

KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah...

View More →
08 Sep 2026, Tuesday
158 PELATIH SERTAI SESI PENDAFTARAN PELATIH KHTP SKILLS CENTRE

08 September 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah menganjurkan Ses...

View More →
12 Aug 2026, Wednesday
KHTP SKILLS CENTRE BERSIARAN DI PERAKFM, KONGSI INFORMASI DAN PELUANG TVET

12 Ogos 2026, Perak - KHTP Skills Centre telah berkesempat...

View More →
11 Aug 2026, Tuesday
43 PELATIH MANUFACTURING TECHNOLOGY TAJAAN ATAM (FLAG OFF) MULAKAN LATIHAN DI KHTP SKILLS CENTRE

11 Ogos 2026, Kangar, Perlis - Seramai 43 orang pelatih Ma...

View More →
27 Jul 2026, Monday
LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE KHTP SKILLS CENTRE & KHTP TVET RESIDENCE

27 Julai 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah mener...

View More →

KHTP UNITY ROBOT SUMO CHALLENGE 2026 MERIAHKAN PERSAINGAN ROBOTIK

16 Sep 2026, Wednesday

KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan seramai 60 pasukan dari pelbagai sekolah dalam satu pertandingan yang menampilkan kreativiti, inovasi serta kemahiran teknologi dalam bidang robotik.

Pertandingan ini menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan peserta bagi merebut gelaran juara bagi dua kategori utama, iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

Bagi kategori Sekolah Rendah, SK Mahang, Kedah muncul sebagai Johan, manakala SK Padang Besar (U), Perlis dinobatkan sebagai Naib Johan. Tempat Ketiga Bersama pula diraih oleh SK Bandar Darulaman Heights, Kedah dan Sekolah Rendah Islam 1, Perlis.

Sementara itu, bagi kategori Sekolah Menengah, KV Kulim, Kedah berjaya merangkul gelaran Johan. SMK Mengkuang, Pulau Pinang menduduki tempat kedua, manakala SMK Serdang, Kedah dan SMK Ayer Hitam, Kedah berkongsi Tempat Ketiga.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua 60 pasukan yang telah memberikan saingan hebat sepanjang pertandingan. Penglibatan aktif para peserta membuktikan bahawa generasi muda mempunyai potensi besar dalam meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam teknologi robotik.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada guru pengiring, jurulatih, pihak sekolah, urus setia serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026.

Semoga penganjuran pertandingan seperti ini terus menjadi platform dalam mencungkil bakat, memperkasa kemahiran teknologi serta memupuk semangat inovasi dan daya saing dalam kalangan generasi muda.

Tahniah kepada semua peserta dan pemenang! Teruskan mencipta, berinovasi dan melangkah lebih jauh dalam dunia teknologi!

Our Partner :
Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm