Latest News View All News →

16 Sep 2026, Wednesday
KHTP UNITY ROBOT SUMO CHALLENGE 2026 MERIAHKAN PERSAINGAN ROBOTIK

KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah...

View More →
08 Sep 2026, Tuesday
158 PELATIH SERTAI SESI PENDAFTARAN PELATIH KHTP SKILLS CENTRE

08 September 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah menganjurkan Ses...

View More →
12 Aug 2026, Wednesday
KHTP SKILLS CENTRE BERSIARAN DI PERAKFM, KONGSI INFORMASI DAN PELUANG TVET

12 Ogos 2026, Perak - KHTP Skills Centre telah berkesempat...

View More →
11 Aug 2026, Tuesday
43 PELATIH MANUFACTURING TECHNOLOGY TAJAAN ATAM (FLAG OFF) MULAKAN LATIHAN DI KHTP SKILLS CENTRE

11 Ogos 2026, Kangar, Perlis - Seramai 43 orang pelatih Ma...

View More →
27 Jul 2026, Monday
LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE KHTP SKILLS CENTRE & KHTP TVET RESIDENCE

27 Julai 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah mener...

View More →

KHTP SKILLS CENTRE BERSIARAN DI PERAKFM, KONGSI INFORMASI DAN PELUANG TVET

12 Aug 2026, Wednesday

12 Ogos 2026, Perak - KHTP Skills Centre telah berkesempatan bersiaran dalam Sesi Temubual bersama PERAKfm pada Rabu, 12 Ogos 2026, bagi berkongsi informasi berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), peluang pendidikan dan kerjaya, keperluan industri serta bidang Akademik dan STEM kepada para pendengar di Perak.

Sesi temubual tersebut menampilkan Ts. Romzi bin Hassan Husin, Ketua Sektor Akademik & STEM, KHTP Skills Centre, yang berkongsi pandangan serta maklumat berkaitan peluang pendidikan dan latihan TVET, khususnya dalam mempersiapkan generasi muda dengan kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa.

Perkongsian ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan peranan KHTP Skills Centre dalam menyediakan latihan berasaskan kemahiran serta membuka peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan dan latihan yang dapat menyokong pembangunan kerjaya dalam bidang teknikal dan industri.

Melalui sesi ini, para pendengar turut berpeluang mendapatkan maklumat serta pendedahan mengenai kepentingan penguasaan kemahiran TVET dan bidang STEM sebagai salah satu laluan untuk membina kerjaya yang relevan, kompetitif dan mempunyai prospek dalam industri.

KHTP Skills Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PERAKfm atas ruang dan peluang yang diberikan untuk berkongsi informasi serta memperluaskan kesedaran mengenai peluang TVET kepada masyarakat.

Semoga usaha seperti ini dapat terus diperkasakan bagi memastikan lebih ramai masyarakat mendapat akses kepada informasi pendidikan, latihan kemahiran dan peluang kerjaya yang tersedia dalam bidang TVET.

 

Our Partner :
Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm