Latest News View All News →

16 Sep 2026, Wednesday
KHTP UNITY ROBOT SUMO CHALLENGE 2026 MERIAHKAN PERSAINGAN ROBOTIK

KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah...

View More →
08 Sep 2026, Tuesday
158 PELATIH SERTAI SESI PENDAFTARAN PELATIH KHTP SKILLS CENTRE

08 September 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah menganjurkan Ses...

View More →
12 Aug 2026, Wednesday
KHTP SKILLS CENTRE BERSIARAN DI PERAKFM, KONGSI INFORMASI DAN PELUANG TVET

12 Ogos 2026, Perak - KHTP Skills Centre telah berkesempat...

View More →
11 Aug 2026, Tuesday
43 PELATIH MANUFACTURING TECHNOLOGY TAJAAN ATAM (FLAG OFF) MULAKAN LATIHAN DI KHTP SKILLS CENTRE

11 Ogos 2026, Kangar, Perlis - Seramai 43 orang pelatih Ma...

View More →
27 Jul 2026, Monday
LAWATAN YAB MENTERI BESAR KEDAH KE KHTP SKILLS CENTRE & KHTP TVET RESIDENCE

27 Julai 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah mener...

View More →

43 PELATIH MANUFACTURING TECHNOLOGY TAJAAN ATAM (FLAG OFF) MULAKAN LATIHAN DI KHTP SKILLS CENTRE

11 Aug 2026, Tuesday

11 Ogos 2026, Kangar, Perlis - Seramai 43 orang pelatih Manufacturing Technology (MT) tajaan Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Tahun 2026 telah menyertai Sesi Pendaftaran dan Pelepasan (Flag Off) yang berlangsung di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis.

Majlis tersebut menjadi titik permulaan perjalanan para pelatih dalam mengikuti latihan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di KHTP Skills Centre, Kulim Hi-Tech Park.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang menyampaikan ucapan selaku wakil penaja kepada para pelatih sebelum mereka memulakan latihan di KHTP Skills Centre.

Sementara itu, Ts. Romzi bin Hassan Husin, Ketua Sektor Akademik & STEM, turut menyampaikan taklimat berkaitan keseluruhan program kepada para pelatih dan waris yang hadir bagi memberikan gambaran serta persediaan sebelum sesi latihan bermula.

Sesi pendaftaran dan flag off ini turut mendapat sokongan daripada para waris yang hadir bagi memberikan semangat serta dorongan kepada para pelatih dalam memulakan langkah baharu dalam bidang TVET.

KHTP Skills Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MAIPs, ATAM, para waris serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

Semoga kesemua 43 pelatih terus bersemangat, komited dan tekun sepanjang mengikuti latihan, seterusnya memperoleh kemahiran serta pengalaman yang menjadi bekalan penting untuk membina masa depan kerjaya yang lebih cemerlang.

 

Our Partner :
Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm