Stay updated with the latest happenings at KHTP Skills Centre!
KHTP Unity Robot Sumo Challenge 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah...
08 September 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah menganjurkan Ses...
12 Ogos 2026, Perak - KHTP Skills Centre telah berkesempat...
11 Ogos 2026, Kangar, Perlis - Seramai 43 orang pelatih Ma...
27 Julai 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah mener...
27 Julai 2026, Kulim - KHTP Skills Centre telah menerima kunjungan YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Kedah, pada 27 Julai 2026, sebelum beliau meneruskan lawatan ke KHTP TVET Residence.
Ketibaan YAB Menteri Besar Kedah telah disambut mesra oleh para pelatih bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd. Sahil bin Zabidi, Pengerusi KHTP Skills Centre, Cik Aida binti Zainol Abidin, Pengarah Eksekutif KHTP Skills Centre, serta barisan pengurusan.
Dalam suasana yang penuh mesra dan meriah, YAB Menteri Besar Kedah turut berkesempatan berinteraksi bersama para pelatih serta meninjau persekitaran KHTP Skills Centre sebelum meneruskan kunjungan ke KHTP TVET Residence.
Lawatan ini mencerminkan perhatian dan sokongan berterusan terhadap pembangunan pendidikan dan latihan kemahiran, khususnya dalam memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi keperluan industri.
KHTP Skills Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan ke KHTP Skills Centre.
Semoga kunjungan ini terus memperkukuh hubungan serta kerjasama dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET dan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi di negeri Kedah.