Latest News View All News →

01 Jan 2026, Thursday
Program Peneraju Tunas Bridge Bestari (Bootcamp 5)

HARI INI KITA BERMULA! 🔥

Assalamualaikum & salam TUNAS 💥

✨ PROGRAM TUNAS R...

View More →
28 Oct 2025, Tuesday
Seminar ESG Percuma

ESG Seminar

Sustainable development, GHG Emission and Opportunities

  • Un...
View More →
12 Aug 2025, Tuesday
Zakat MAINPP Peruntuk RM3 Juta Setahun Taja Latihan TVET Asnaf

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta setahun bagi...

View More →
11 Aug 2025, Monday
17 Bakal Data Scientist Sabah Bersedia Jalani Latihan Intensif di Kulim Hi-Tech Park

Suasana penuh semangat dan keterujaan menyelubungi Hotel Pan Borneo, Kota Kinabalu apabila serama...

View More →
03 Aug 2025, Sunday
majlis anugerah menjulang aspirasi menjunjung impian tahun 2024/2025

KHTP skills centre dengan sukacitanya akan menganjurkan majlis anugerah mejulang aspirasi menjunj...

View More →

Zakat MAINPP Peruntuk RM3 Juta Setahun Taja Latihan TVET Asnaf

12 Aug 2025, Tuesday

Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Zakat MAINPP) memperuntukkan RM3 juta setahun bagi menaja latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Yang Dipertua MAINPP, Datuk Mohamad Abdul Hamid, berkata sejak 2019 seramai 120 pelatih telah mengikuti kursus kemahiran di institusi terpilih termasuk KHTP Skills Centre.

Menurut beliau, kolaborasi ini memanfaatkan kekuatan, sumber, dan kepakaran kolektif bagi menghadapi cabaran masyarakat, khususnya asnaf zakat, sejajar dengan usaha pemerkasaan sosial dan ekonomi negeri. “Inisiatif ini mengiktiraf kepentingan projek agihan zakat untuk kemampanan sosioekonomi umat Islam, selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Usahawan Wanita Ummi Therapy dan Pelatih TVET Tajaan Zakat MAINPP, di sini pada Selasa.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Zakat MAINPP, Muhammad Kairi Ghazali, dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Mohamad berkata Zakat MAINPP menyasarkan lebih ramai asnaf akan dibimbing sehingga berdikari. Pihaknya berharap kutipan zakat tahun ini mencecah RM200 juta agar peruntukan TVET dapat ditingkatkan kepada RM5 juta setahun pada masa hadapan.

Artikel diatas dioleh dari sumber : Sinar Harian

Our Partner :
Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm Fanuc mori seiki solidworks dmg mitutoyo autodesk mastercam mpc kv cidb jpk kk kmc mida sirim unimap usm